Thursday, June 25, 2009

Penjamin



Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin
Seorang penjamin bertanggungjawab menjelaskan pinjaman dalam hal si peminjam mungkir membayar balik pinjaman atas apa saja alasan. Melainkan seorang itu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini, seorang patut elak daripada menjadi penjamin.


Ini antara tip yang di ambil dari sini.

Antara masalah yang timbul bila menjadi penjamin.Disini
Kenapa Loan Tak Lulus?Disini

Bukannye aku tak ingin menjadi penjamin, bukannye aku tak mau tolong...tapi aku keberatan..lebih-lebih lagi bila melibatkan pertalian keluarga..aku tau betapa susahnya bila kita perlukan penjamin,tapi xde orang nak jamin..aku dah lalui semua..aku dah lalui camana pabila kita memerlukan duit,xde sesape nak tolong beri pinjam..aku dah rasa camana rasa bila xleh makan seharian sebab duit xde..ye boleh puasa,tapi xkan pusa xde berbuka???..lebih hina aku rasa bila wife aku mengandung sulung time tu pun ikut sama xleh makan pasal aku xde duit...


tapi aku tak salahkan orang lain sebab tak dapat tolong aku..aku tau depa kerja susah-susah nak dapatkan rm untuk keluarga depa,untuk kesenangan depa dan family depa..titik peluh depa takkan depa mudah2 jer nak bagi kat orang lain?kalau depa kasi pinjam time tu,belum tentu lagi aku boleh langsaikan pun...tapi aku syukur sebabnya hidup lah yang mengajar aku..xde sape boleh ubah nasib aku dan keluarga selain aku ubahnye sendiri...huhuhu

..prinsip aku senang jer...bila bank memerlukan penjamin bermakna kita masih belum mampu memiliki benda tu sepenuhnya..dalam kata lain bank kurang percaya kita mampu bayar...bank nilai kemampuan kita,bukannye nilai daripada janji manis mulut kita yang mengatakan kita mampu bayar...

aku percaya pada qada' dan qadar..pernah suatu ketika aku ingin beli kerete Naza Citra,harga memang ngam dan aku yakin aku mampu bayar..tup tup bank mintak penjamin daripada kalangan adik beradik atau mak ayah...masa tu aku berkehendak sangat kereta tu memandangkan aku baru jer dapat anak sulung..teringin nak bawa anak jalan2 dalam kereta yang besar sikit dari kenari aku tuh...lagipun aku ulang alik kerja di kelantan pada masa tuh..pada masa yang sama aku tengah uruskan pembukaan farmasi aku kat paka.nak juga kereta yang selesa...aku try bagi nama abang ipar aku untuk beli kereta tu tapi x lepas jugak...aku redha je laaa..mungkin tuhan tak bagi aku beli citra pasal tuhan tau kemampuan aku time tuh..ada kemungkinan tuhan nak beri kereta yang lebih baik dari citra kott..

Memang betul,time tu aku bukak farmasi,3-4 bulan waktu mula2 buka kedai memang sales kurang,sakit sikit..biasa laa kedai baru bukak..bila terkenang kembali pasal loan kereta tuh,aku syukur sebab tuhan maha mengetahui..kalau aku pakai citra,mungkin xdapat nak bayar time tuh..lagipun kenari aku time tuh kalau trade in aku kena top up kat bank dekat2 5k jugak..mana nak cekau duit...

Macam aku kata tadi,tuhan tak bagi lagi apa yang kita nak sebab tuhan nak bagi benda yang lebih baik kann?...ya betul,bila jer perniagaan aku dah ok,aku sambar satu kereta idaman aku e46..hebat perancangan Allah bukan?kereta tu idaman aku sejak zaman belajar..ape yang aku boleh simpulkan ;

1.Rancangan Allah mengatasi rancangan manusia.

2.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Pernahkah kita berdoa "Ya Allah,berikanlah yang terbaik bagiku..."terbaik bagi manusia tidak semestinya terbaik bagi Allah..jadi kalau perancangan hebat kita tidak berjaya bukan bermakna Allah tak nak bagi sebab Allah tak sayang kita..tapi Allah ada rencana yang lebih baik untuk kita...

jadi,kepada sesiapa yang nak suruh aku jadi penjamin,pikir2kan dulu...kalau perdana tak lepas,apa kat cuba wira dulu yang tak perlukan penjamin..mungkin itu yang sesuai dengan kemampuan kita..apa yang penting,jangan sesekali berbelanja melebihi kemampuan kita...betul kita boleh bayar monthly instalment rm500 sebulan sebab gaji kita rm1500..tapi pernahkah kita fikir pasal maintainance?minyak?rosak sana-rosak sini?rim 17-18"?ice system?tinted lagi...tayar lagi bila dah botak..hujung tahun nak kena sambung insuran dan roadtax?..apa yang tinggal untuk kita makan?anak bini,mak ayah?...

zaman muda bergetah memang impikan itu ini..kereta besar,rumah besar,gaji besar...tapi kayuh pelan-pelan,slow n steady..kumpulkan rm,kumpulkan aset.pastikan saving mantap...pas tu ada duit lebih,suka hati lah nak ambik kereta apa pun..estima aeras ke?hehhehe...kena ingat, bukannya ko tak dapat pakai kereta pasal aku tak jadi penjamin,tapi ko tak dapat kereta pasal tuhan ada yang lebih baik lagi untuk ko..yang lebih baik tu tak semestinya kereta jugak,mungkin pekerjaan lebih baik ke?kewangan yang lebih baik ke..aku ni sebagai penyebab jer..Allah tak gerakkan hati aku untuk jadi penjamin..entahlah,bukannye aku tak ingin tolong..komitmen banyak sangat...kalau aku listkan mesti ko terkejut sedangkan aku sendiri pun tak mau kira komitmen aku.takuttt..tak tercapai dek akal aku...

Memang..kalau ikutkan hati tanpa pikir panjang,dah lama aku angkat bmw e60 5 series,tak pun merc w211 ke...bukannya aku tak mampu bayar,mampu..tapi bila pikirkan keperluan akan datang?bukannye rezeki yang aku dapat ni untuk aku sorang,aku hanya manage rezeki yang tuhan bagi untuk isteri dan anak-anak,mak ayah..xkan aku nak pakai hak mereka untuk aku syok sendiri pandu kereta mewah?.sedangkan tuhan dah peruntukkan duit tu untuk susu anak,makan pakai depa.lagi pun, kesenangan hak Allah,silap-silap manage, boleh ditarik bila2 masa..(mintak dijauhkan)...


Waalllahualam....


Ampunkan dosaku YaAllah...




Babi



Aku demam dan selsema dah 2 hari..anak2 dan wife aku dah hampir seminggu.Simptomnye demam dan selsema...Kalau berlarutan,gamaknya nak kena gi check kat spital jugak pasal sekarang wabak H1N1..gerun jugak pasal bulan ni banyak kali jugak pi kolompo tempat org ramai...


1. Apakah Influenza A H1N1?


Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).


2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?


Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.


Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.


3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?


Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.


Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my4/.


4.Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?


Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.


5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?


Haram bagi muslim. Tetapi, Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.


6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?


Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.


7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?


Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.


Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.


8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?


Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.


9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?


Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.


10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?


Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:


• Jika anda batuk atau bersin:• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.

Wednesday, June 24, 2009

Murah Rezeki


Ya Allah,murahkanlah rezekiku untuk kalian



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.



Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:



1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)



2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)



3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)



4. Sentiasa ingat AllahBanyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)



5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)



6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lainMenunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”



10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.



11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)



12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)



13. BersedekahSedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)



14. Melazimi solat malam (tahajud)Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.



15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)



17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentuZikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.



18. BerdoaBerdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.



19. Berikhtiar sehabisnyaSiapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.



20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sunday, June 21, 2009

Off topic ;- Aim II

Andai dijadikan rezeki.....






Ya Allah,
permudahkanlah rezekiku,
murahkanlah rezekiku,
Mudah-mudahan dapatku sara kalian;isteri dan anak-anakku...sampai hujung hayatku..